Parineeti Chopra
Parineeti Chopra

Parineeti Chopra

Parineeti Chopra (disebut [pəriːniːt̪iː ˈtʃoːpɽaː]; lahir 22 Oktober 1988) ialah seorang pelakon dan penyanyi wanita India yang muncul dalam filem Hindi. Pada awalnya, Chopra memulakan kerjayanya dalam bidang perbankan, namun selepas menerima tiga ijazah kehormat dalam perniagaan, kewangan dan ekonomi dari Sekolah Perniagaan Manchester, beliau pulang ke India ketika krisis ekonomi 2009 dan menyertai Yash Raj Films sebagai perunding perhubungan awam.